So, kita dah register dengan LinkedIn. Tengok menunya macam ok lah, senang nak navigate.
Tapi, macam mana nak gunakan LinkedIn untuk menulis idea-idea kita? Kat bawah ni, saya tuliskan 5 tips untuk LinkedIn newbie:
- Sebelum kita request connection, karang sedikit ayat mengapa kita nak connect dengan orang tu. Contohnya – “Dear Hanie, I enjoyed reading your post on XYZ topic. May I request to connect with you?”
- Selepas dah connect tu, adab yang baik ialah untuk hantar ucapan terima kasih. Tak payah panjang berjela, “Thanks for approving the request to connect” sudah memadai. Tak ambik masa yang lama, kan?
- Sila check inbox korang tu. Jangan tak buka!
- Engage with the conversation – jangan jadi silent reader. Takde orang tau korang exist kalau senyap belakang tiang!
- Last sekali – have fun. Tulis idea-idea baru yang korang observe dan passionate about.
Senang kan?